Skip to main content

Singapura

Harga flat jualan semula HDB susut 0.3% dalam suku pertama; 15,000 flat baru dilancarkan tahun ini

Harga flat jualan semula di Singapura bagi suku pertama tahun ini susut 0.3 peratus berbanding suku keempat 2018, sekaligus menunjukkan trend yang terus merosot. I

Anggaran Waktu Membaca:
Harga flat jualan semula HDB susut 0.3% dalam suku pertama; 15,000 flat baru dilancarkan tahun ini

Flat HDB. (Gambar fail: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 01 Apr 2019 09:50AM Dikemas Kini : 01 Apr 2019 09:57AM

SINGAPURA: Harga flat jualan semula di Singapura bagi suku pertama tahun ini susut 0.3 peratus berbanding suku keempat 2018, sekaligus menunjukkan trend yang terus merosot. Ini menurut unjuran awal yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Isnin (1 Apr).

Indeks harga jualan semula - yang menyediakan maklumat mengenai naik turun harga dalam pasaran jualan semula bagi perumahan awam - diramalkan merosot sedikit kepada 131.0.

Harga jualan semula flat HDB kian merosot sejak dua suku sebelum ini. Harga susut 0.1 peratus dalam suku ketiga dan 0.2 peratus dalam suku keempat tahun lalu.

HDB turut mengumumkan bahawa ia akan menawarkan sekitar 3,400 flat Bina-Ikut-Tempatan (BTO) di Kallang Whampoa, Tengah dan Woodlands pada Mei. Pada masa yang sama,

Penjualan Flat Baki turut akan dijalankan secara serentak.

Menurut HDB, pihaknya merancang untuk melancarkan penjualan bagi 15,000 flat baru pada 2019.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita