Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga flat jualan semula HDB naik 1.7%; harga rumah privet naik1.5% pada suku pertama

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Apr 2024 02:43PM Dikemas Kini : 01 Apr 2024 10:25PM
SINGAPURA: Harga flat jual semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) naik 1.7 peratus pada suku pertama 2024, lebih tinggi berbanding kenaikan 1.1 peratus pada suku sebelumnya.

Anggaran awal yang dikeluarkan oleh HDB pada Isnin (1 Apr) juga menunjukkan jumlah jualan semula suku pertama, sehingga 27 Mac, meningkat 5.5 peratus kepada 6,928 daripada 6,567 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

HDB menarik perhatian bahawa pasaran jualan semula semakin stabil dengan harga meningkat sebanyak 4.9 peratus pada 2023, berbanding kenaikan 10.4 peratus pada 2022 dan kenaikan 12.7 peratus pada 2021.

Para penganalisis hartanah mengaitkan pertumbuhan harga flat jualan semula HDB pada suku pertama kepada beberapa faktor, termasuk pemilik hartanah privet yang tidak memenuhi tempoh menunggu 15 bulan ketika membeli flat jualan semula.

Encik Lee Sze Teck. pengarah kanan analisis data Huttons menarik perhatian bahawa permintaan yang kuat bagi flat lima bilik dan lebih besar pada suku pertama menyaksikan harga flat tersebut meningkat dengan kadar lebih cepat, dan mendorong harga keseluruhan flat jualan semula.

HARGA HARTANAH PRIVET

Harga rumah privet di Singapura naik 1.5 peratus pada suku pertama 2024, lebih perlahan berbanding 2.8 peratus pada suku sebelumnya.

Demikian menurut anggaran awal dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin.

Jumlah transaksi jatuh 20 peratus pada asas suku ke suku, dan kira-kira 16 peratus pada asas tahun ke tahun pada suku pertama.

"Ini meneruskan trend penurunan jumlah urus niaga, di mana jumlah transaksi tahunan bagi 2023 adalah yang terendah sejak 2016," tambah URA.

Encik Lee berkata, kadar faedah yang tinggi dalam pasaran jual semula menyebabkan sejumlah pembeli untuk "berhenti seketika dan melihat sama ada kadar faedah akan turun". Ia menyebabkan penurunan hampir 30 peratus pada suku pertama berbanding suku sebelumnya pada 2023.

Harga hartanah di luar kawasan tengah bandar (OCR) meningkat sebanyak 0.4 peratus berbanding kenaikan 4.5 peratus pada suku sebelumnya.

URA menyatakan harga hartanah di Kawasan Daerah Utama (CCR) dan Baki Kawasan Daerah Utama (RCR) masing-masing meningkat 3.1 peratus dan 0.2 peratus.

Suku sebelumnya menyaksikan masing-masing meningkat sebanyak 3.9 peratus dan penurunan 0.8 peratus.

RAMALAN BAGI 2024

Penganalisis hartanah berkata bahawa pelancaran flat Bina Ikut Tempahan (BTO) akhir tahun ini mungkin menarik permintaan daripada pasaran jualan semula, manakala sesetengah pihak percaya ia mungkin melihat lebih banyak transaksi akibatnya.

HDB akan menawarkan kira-kira 6,800 flat Bina Ikut Tempahan (BTO)di Jurong East, Kallang/Whampoa, Queenstown, Tampines, Woodlands dan Yishun pada Jun.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan