Harga flat jualan semula HDB naik 1.5% pada suku kedua; catat bilangan paling rendah dalam 3 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/ Javier Lim)
SINGAPURA: Harga flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) naik 1.5 peratus dan urus niaga flat jualan semula menjunam ke paras paling rendah dalam tiga tahun pada suku kedua 2023.
Indeks Harga Jualan Semula (RPI) buat suku kedua 2023 adalah 176.2, naik 1.5 peratus dari suku pertama, menurut data diterbitkan HDB pada Jumaat (28 Jul).
Ia adalah kenaikan lebih tinggi daripada pertumbuhan 1.0 peratus pada suku pertama 2023, namun lebih rendah daripada pertumbuhan purata suku tahunan, iaitu 2.5 peratus pada 2022.
RPI menyediakan maklumat mengenai pergerakan harga umum dalam pasaran jualan semula perumahan awam.
"Kami melihat sedikit penyederhanaan pada kadar peningkatan harga jualan semula sejak pemerintah menyediakan bekalan yang kukuh, serta langkah penyejukan untuk menggalak pasaran hartanah yang stabil dan mampan," dedah HDB.
Urus niaga bagi flat jualan semula bagi suku kedua jatuh 6.7 peratus, dari 6,979 kes pada suku pertama tahun ini kepada 6,514.
PENYEWAAN
Dalam pasaran sewa, jumlah permohonan yang diluluskan untuk menyewa flat HDB naik 1.9 peratus dari 9,657 kes pada suku pertama kepada 9,842 kes pada suku kedua.
Pada hujung suku kedua 2023, sebanyak 56,858 flat HDB disewakan, iaitu kenaikan 0.4 peratus berbanding 56,652 unit pada suku pertama.
13,000 FLAT AKAN DILANCARKAN PADA SUKU KEDUA 2023
Secara keseluruhan, 13,000 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini, menurut HDB.
Ini berikutan pelancaran hampir 10,000 flat BTO pada suku pertama tahun ini.
HDB menambah bahawa sesi penjualan seterusnya akan diadakan pada hujung September atau awal Oktober, dan bukan tempoh biasa pada hujung Ogos hingga awal September 2023.
Ia mengambil kira keputusan undian buat BTO bagi bulan Mei dan Jualan Baki Flat (SBF), yang masing-masing hanya akan diumumkan pada minggu pertama dan terakhir Ogos, menurut HDB.
HDB juga akan mempunyai "lebih banyak masa untuk memuktamadkan perubahan sistem yang diperlukan" bagi kategori keutamaan baru Pembeli Kali Pertama dan perubahan lain yang akan berkuat kuasa pada sesi penjualan akan datang.
Pada sesi penjualan BTO akan datang, HDB akan menawarkan kira-kira 6,700 flat di bandar dan estet seperti Choa Chu Kang, Kallang Whampoa, Queenstown dan Tengah.
Bagi sesi penjualan terakhir 2023, yang akan berlangsung pada Disember 2023, HDB akan menawarkan kira-kira 6,300 flat di bandar dan estet seperti Bedok, Bishan, Bukit Merah, Bukit Panjang, Jurong West, Queenstown dan Woodlands.
Butiran lanjut tentang jumlah pelancaran dan perincian projek akan disediakan menjelang tarikh pelancaran.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.