Skip to main content

Singapura

Harga flat jualan semula HDB naik 0.9%, paling rendah dalam 10 suku terakhir

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Apr 2023 10:05AM Dikemas Kini : 03 Apr 2023 10:36PM
SINGAPURA: Harga flat jualan semula Lembaga Perumahan meningkat dengan perlahan, pada 0.9 peratus dalam suku pertama 2023. Ia adalah kenaikan paling rendah dibandingkan dengan 10 suku sebelumnya.

Anggaran awal Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Isnin (3 Apr) menunjukkan bahawa Indeks Harga Flat Jualan Semula (RPI) meningkat 0.9 peratus kepada 173.4. Ia lebih perlahan daripada kenaikan 2.3 peratus pada suku keempat 2022.

RPI menyediakan maklumat mengenai pergerakan harga umum dalam pasaran jualan semula perumahan awam.

Ia merupakan suku ke-12 berturut-turut di mana RPI mengalami kenaikan.

Jumlah jualan semula tahun ini setakat 30 Mac adalah 6,880, satu peratus lebih tinggi pada tempoh yang sama tahun lalu, di mana terdapat 6,810 kes.

Sekitar 5,400 flat Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di bandar-bandar dan estet-estet seperti Bedok, Kallang Whampoa, Serangoon dan Tengah akan ditawarkan pada Mei, seperti yang diumumkan HDB pada awal tahun ini.

Pada Ogos, HDB akan melancarkan antara 5,200 dengan 6,200 flat di Bukit Merah, Choa Chu Kang, Kallang Whampoa, Queenstown dan Tengah.

Jumlah tersebut tertakluk kepada semakan sedang lebih banyak maklumat tentang projek tersebut akan disahkan berdekatan dengan tarikh pelancaran, menurut HDB pada Isnin.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita