Harga flat jualan semula HDB naik 0.9% pada Q2; kenaikan suku tahunan paling perlahan sejak 2020
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Harga flat jualan semula meningkat pada rentak yang lebih perlahan sebanyak 0.9 peratus pada suku kedua (Q2) 2025, menurut anggaran awal daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Selasa (1 Jul).
Ini menandakan suku ketiga berturut-turut di mana harga meningkat lebih perlahan, dan merupakan pertumbuhan dari suku ke suku yang paling rendah sejak Q2 2020.
Indeks harga jualan semula untuk Q2 2025 susut daripada 1.6 peratus pada suku sebelumnya dan 2.6 peratus berbanding suku keempat 2024.
Menurut HDB, jumlah flat jualan semula bagi suku itu adalah sebanyak 6,981 transaksi setakat sehingga 29 Jun, 5 peratus lebih rendah daripada 7,347 urus niaga yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Ia juga menasihatkan isi rumah supaya berhemat dalam membuat hartanah mereka, sambil menarik perhatian bahawa pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura untuk 2025 dijangka sederhana berbanding tahun lalu.
"Berlatarbelakangkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan peningkatan tekanan akibat konflik perdagangan global yang semakin meningkat, terdapat juga tanda-tanda awal yang menunjukkan permintaan buruh yang menyederhana," tambahnya.
"Setelah mengambil kira prospek ekonomi makro yang sangat tidak menentu, isi rumah harus terus berhemat semasa membeli hartanah dan mengambil pinjaman gadai janji."
Cik Christine Sun, ketua penyelidik dan pakar strategi di Realion Group, berkata pertumbuhan harga flat jualan semula HDB dijangka terus meningkat sepanjang tahun ini disebabkan oleh "asas ekonomi yang stabil dan kadar faedah yang menurun".
"Bagaimanapun, lonjakan harga yang ketara mungkin dapat dikawal dalam jangka panjang, memandangkan keseluruhan bekalan flat dijangka meningkat pada tahun-tahun akan datang, membawa kepada lebih banyak persaingan dalam kalangan penjual," tambahnya.
FLAT AKAN DATANG
Julai akan menyaksikan pelancaran sekitar 5,500 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Bukit Merah, Bukit Panjang, Clementi, Sembawang, Tampines, Toa Payoh dan Woodlands.
Jualan Baki Flat (SBF) bagi kira-kira 3,000 flat juga akan dijalankan secara serentak.
Dengan 5,590 flat SBF dilancarkan pada Februari, jumlah bekalan SBF pada 2025 akan melebihi 8,500 flat, menurut HDB.
Peningkatan pada bekalan BTO mungkin memperlahankan rentak pertumbuhan harga dalam pasaran jualan semula kerana para pembeli kini mempunyai lebih banyak pilihan perumahan, kata Cik Sun.
"Peningkatan berterusan pada jumlah Jualan Baki Flat juga akan bersaing untuk pembeli dalam pasaran jualan semula memandangkan flat-flat ini hampir siap atau sudah siap," tambahnya.
Cik Sun juga menambah bahawa kelembapan dalam pasaran dijangka disebabkan oleh ketegangan geopolitik yang memuncak di Timur Tengah dan perang dagang global yang berterusan.
"Disebabkan oleh BTO pertengahan tahun yang ditangguhkan dari Jun hingga Julai, kita mungkin hanya melihat pembeli kembali ke pasaran jualan semula dalam masa beberapa bulan kemudian," kata Encik Eugene Lim, Pegawai Eksekutif Utama di ERA Singapore.
"Dengan keterbatasan yang berterusan dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, semua pilihan BTO yang menarik ini, pembeli HDB mungkin mengambil pendekatan tunggu dan lihat untuk menilai pilihan mereka sepenuhnya," tambahnya.
Butiran mengenai flat baharu itu akan dikongsi semasa pelancaran BTO dan SBF pada Julai 2025, dedah HDB.
Encik Mohan Sandrasegeran, ketua penyelidikan dan analisis data di Singapore Realtors Inc berkata: "Ekosistem perumahan awam Singapura menjadi lebih responsif, dengan langkah-langkah dari segi bekalan dan kelonggaran dasar meningkatkan kemampuan dan akses. Walaupun permintaan untuk flat yang lebih besar di estet-estet matang mungkin kekal kukuh disebabkan ketersediaan yang terhad, trajektori harga keseluruhan dijangka kekal stabil."
"Justeru, kami menjangkakan harga flat jualan semula HDB naik secara sederhana sebanyak 3.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2025," tambahnya.
"Pasaran berkemungkinan mendapat manfaat daripada gabungan bekalan yang seimbang, permintaan yang stabil dan potensi penyesuaian dasar, yang akan menyokong landskap perumahan yang lebih mampan dan inklusif dalam jangka panjang."
Pembeli flat yang ingin menyertai pelancaran BTO dan SBF pada Julai 2025 mesti mempunyai Surat Kelayakan Flat HDB (HFE) yang sah apabila mereka mengemukakan permohonan flat mereka, menurut HDB.
Surat HFE akan memaklumkan pembeli tentang kelayakan mereka untuk membeli flat baharu atau flat jualan semula, geran perumahan CPF dan pinjaman perumahan HDB, termasuk jumlah geran dan pinjaman.
"Kami telah mengumumkan sebelum ini bahawa pemohon flat yang ingin menyertai sesi jualan itu perlu memohon surat HFE dan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan sebelum 15 Mei 2025," jelas HDB.
"Memandangkan jumlah permohonan surat HFE dijangka memuncak lebih dekat dengan tarikh jualan yang membawa kepada masa pemprosesan yang lebih lama, mereka yang tidak berbuat demikian menjelang 15 Mei 2025 mungkin tidak menerima surat HFE mereka tepat pada masanya untuk memohon flat BTO dan SBF."
Mulai Julai, permohonan surat HFE melalui e-Service tidak akan tersedia buat sementara waktu semasa penjualannya dilancarkan, sekali gus membolehkan HDB "menyalurkan sumber (mereka) untuk menyediakan pengalaman permohonan flat yang lebih lancar untuk pemohon flat".
Pembeli flat baharu dan flat jualan semula dengan surat HFE yang sah serta mereka yang telah mengemukakan permohonan surat HFE sebelum pelancaran penjualan pada Julai 2025 tidak akan terjejas, menurut HDB.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.