Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga flat HDB, rumah privet naik lebih pantas pada suku kedua 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jul 2022 07:42PM Dikemas Kini : 22 Jul 2022 09:10PM
SINGAPURA: Harga flat HDB jualan semula dan rumah naik lebih pantas pada suku kedua tahun ini berbanding tiga bulan sebelumnya.

Menurut penganalisis, jumlah pelancaran flat baru yang berkurangan menyebabkan harga kekal tinggi.

Sebuah flat HDB jualan semula lima bilik di Clementi kini berharga S$900,000.

Pada awal 2022, harganya ialah S$703,000.

Walaupun harga flat jualan semula meningkat kepada 5.3 peratus tahun ini, para penganalisis menjangkakan trend itu akan berterusan.

Namun begitu terdapat tanda-tanda pasaran jualan semula semakin melemah.

Jumlah urus niaganya jatuh 1.7 peratus dalam suku yang lalu.

Memandangkan 23,000 flat BTO baru bakal dilancarkan tahun ini, bakal pembeli rumah mungkin tidak cenderung untuk membeli flat jualan semula.
Sementara itu, harga rumah privet juga meningkat.

Harga rumah privet tanpa halaman meningkat dengan ketara, terutamanya di Queenstown, Katong dan Bishan.
Sumber : CNA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan