Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga flat HDB, kos sara hidup & peluang pekerjaan keprihatinan utama rakyat jelang Belanjawan 2023: REACH

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Harga flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), kos sara hidup yang meningkat dan peluang pekerjaan adalah keprihatinan utama rakyat Singapura yang disuarakan menerusi saluran maklum balas pemerintah REACH.

Dalam jawapannya kepada BERITAmediacorp pada Isnin (13 Feb) REACH juga menyatakan "Membina sebuah Negara Berdaya Bingkas" timbul sebagai tema belanjawan yang paling memberi kesan kepada rakyat tempatan. Daya bingkas diperlukan untuk mengatasi kejutan-kejutan dari luar serta gangguan.

Menjelang Belanjawan 2023, REACH menjalankan usaha mendekati rakyat secara meluas dengan sekitar 1,960 individu mewakili pelbagai lapisan masyarakat memberikan pandangan dan harapan mereka.

Ini dilakukan menerusi kedua-dua saluran online dan fizikal.

Sesi maklum balas yang terakhir dihadiri oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Kewangan dan Pembangunan Negara, Indranee Rajah di One Raffles Place pada 2 Feb lalu.

"Dapatan-dapatan ini menawarkan pandangan berharga mengenai keutamaan dan keprihatinan rakyat Singapura dan akan dipertimbangkan dengan teliti sedang pemerintah melakar masa hadapan dengan pembangunan dan pelaksanaan dasarnya," menurut REACH dalam jawapannya kepada BERITAmediacorp.

REACH menambah, pihaknya akan terus mendampingi rakyat selepas kenyataan Belanjawan pada Selasa (14 Feb) dan akan terus menyediakan maklumat kepada orang awam menerusi lamannya di https://www.reach.gov.sg/Participate/budget-2023.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan