Skip to main content

Singapura

Harga flat BTO 4 bilik di Farrer Park mungkin lebih S$500,000; permintaan tinggi dijangkakan

Anggaran Waktu Membaca:
Harga flat BTO 4 bilik di Farrer Park mungkin lebih S$500,000; permintaan tinggi dijangkakan

Gambar: HDB

Diterbitkan : 25 Apr 2022 11:30PM Dikemas Kini : 25 Apr 2022 11:31PM

SINGAPURA: Para penganalisis hartanah menjangkakan permintaan tinggi bagi kawasan perumahan yang akan dibina di Farrer Park disebabkan lokasi dan kemudahan yang menjadi idaman.

Kira-kira 1,600 flat akan dibina di atas tapak seluas 10 hektar di Farrer Park, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Isnin (25 Apr). HDB mendedahkan bahawa kawasan itu akan dibangunkan semula dengan kemudahan sukan dan rekreasi bersepadu.

"Ini merupakan projek Bina Ikut Tempahan (BTO) pertama yang dibangunkan mengikut tema sukan dalam tahun-tahun kebelakangan ini," kata Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Analitik di OrangeTee & Tie Christine Sun.

"Lazimnya, pembangunan yang bertema dibina di tapak perumahan privet. Oleh itu, jarang untuk menemukan flat HDB yang berkonsep dan dibina mengikut tema tertentu. Biasanya, pembangunan sebegini mempunyai tarikan yang lebih kuat kepada pembeli," kata beliau.

Jarak pembangunan tersebut dengan kawasan bandar serta kemudahan-kemudahan mungkin akan menarik perhatian ramai penduduk Singapura, kata Ketua Penyelidikan dan Kandungan PropNex Wong Siew Ying.

Ini termasuk Pusat beli-belah City Square,Mustafa Centre, Pasar Tekka, Piccadilly Galleria dan juga beberapa sekolah termasuk Sekolah Rendah Farrer Park, St Joseph’s Institution Junior dan Sekolah Anglo-Chinese (Junior).

Cik Sun berkata bahawa pembangunan itu mungkin akan diletakkan di bawah Model Perumahan Awam Lokasi Perdana (PLH), memandangkan lokasi dan ciri-cirinya.

Namun begitu, Pengarah Kanan Penyelidikan irma hartanah Huttons Asia, Lee Sze Teck, berbeza berpendapat.

"Kemungkinan pembangunan flat-flat ini berada di bawah PLH adalah rendah," kata Encik Lee. "Rumah flat di kawasan itu belum mencapai paras harga jutaan dolar buat masa ini."

Semua penganalisis bersetuju bahawa flat Bina Ikut Tempahan mungkin bernilai S$500,000 dan ke atas, memandangkan flat jualan semula empat bilik dan lima bilik di kawasan itu bernilai S$700,000 atau lebih.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita