Skip to main content

Singapura

Harga ERP dinaikkan di 10 gerbang

Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dinaikkan di 10 gerbang di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE), Ekspreswe Central (CTE) dan Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) pada minggu depan untuk menangani kesesakan semasa waktu sibuk, umum Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (15 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga ERP dinaikkan di 10 gerbang

Gantri ERP di CTE. (Gambar: Google Maps Street View)

Diterbitkan : 15 Feb 2021 07:12PM Dikemas Kini : 15 Feb 2021 07:15PM

SINGAPURA: Kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dinaikkan di 10 gerbang di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE), Ekspreswe Central (CTE) dan Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) pada minggu depan untuk menangani kesesakan semasa waktu sibuk, umum Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (15 Feb).

Kadar ERP di gantri-gantri itu akan dinaikkan S$1 bermula 22 Feb.

Bayaran ERP juga akan dikenakan semula di tiga gerbang di AYE setelah Jurong Town Hall menuju ke bandar, di KPE (ECP) setelah Jejambat Defu dan di laluan Southbound CTE ke PIE (Changi).

Bayaran juga dinaikkan S$1 di gerbang Southbound CTE sebelum Braddell Road dan rangkaian empat gantri di Southbound CTE setelah Braddell Road dan jalan susur PIE ke Southbound CTE.

Kadar bayaran baru itu berkuat kuasa semasa waktu-waktu berikut bermula 22 Feb:

(Sumber: LTA)

(Sumber: LTA)

Kadar bayaran bagi waktu-waktu lain di gantri yang diumumkan tidak akan berubah, tambah LTA.

"Tiada bayaran ERP dikenakan di ekspreswe dan jalan raya utama lain," kata pihak berkuasa.

Bayaran ERP pertama kali digantung pada 6 April dengan jangkaan bahawa aliran lalu lintas akan berkurangan dengan ketara dalam tempoh "pemutus rantaian jangkitan".

LTA memperkenalkan semula bayaran ERP di beberapa gantri di CTE pada Julai dan Ogos, ekoran tamatnya tempoh pemutus rantaian.

LTA menyatakan pemantauan terhadap keadaan lalu lintas pada Januari menunjukkan bahawa kelajuan trafik "tetap optimum di semua jalan utama dan kebanyakan ekspreswe, kecuali untuk beberapa tempoh masa di AYE, CTE dan KPE"

"Ketika lebih ramai orang melakukan perjalanan ulang alik dari tempat kerja mereka, jumlah lalu lintas meningkat pada waktu sibuk hari-hari kerja. Ini menyebabkan kesesakan di lokasi-lokasi tertentu di sepanjang AYE, CTE dan KPE pada waktu sibuk," kata LTA.

LTA menyatakan pihaknya akan terus memantau kelajuan lalu lintas dan tahap kesesakan secara rapi dan menilai sama ada kadar ERP perlu disesuaikan lagi.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita