Harga emas melambung; semakin ramai orang Melayu pilih beri sampul Raya berisi emas 999
Anggaran Waktu Membaca:

Semakin banyak kedai emas tempatan dilihat menjual jongkong emas bertema Hari Raya tahun ini. (Gambar: Money Max/Facebook)
SINGAPURA: Didorong keinginan untuk memberi 'sesuatu' selain daripada duit raya saja setiap Lebaran, Cik Norlina Mohamad mula tertarik kepada idea untuk memberi jongkong emas, khususnya keluaran edisi terhad sempena Hari Raya.
Ukiran motif unik pada jongkong emas bertema Hari Raya, yang bahkan dijual pada harga berpatutan menjadi tarikan bagi Cik Norlina untuk berjinak-jinak membeli jongkong emas sedemikian.

Tahun ini, beliau telah membeli lebih 10 jongkong emas 999 edisi terhad Hari Raya keluaran SK Jewellery, dengan berat 0.3 gram setiap satu, untuk diberikan kepada cucu dan cucu saudaranya pada Aidilfitri nanti.
Ibu kepada tiga orang anak itu menyedari bahawa duit raya semakin kurang dihargai oleh kanak-kanak dewasa ini, memandangkan ia sesuatu yang sudah dijangkakan.
"Saya memang suka nak beri sesuatu yang lain daripada yang lain. (Semasa) Hari Raya itu, kalau beri duit saja, macam dah 'biasa' rasanya. Rasanya macam mereka boleh beli barang lain. Tapi lepas itu, dah tak nampak. Tapi kalau macam jongkong emas ini, dia akan simpan buat kenangan," ujar Cik Norlina, yang bertugas sebagai pegawai latihan di Pusat Pembangunan Pekerjaan Woodlands (WEDC) - MINDS.
Tinjauan BERITA Mediacorp mendapati semakin banyak kedai emas tempatan dilihat menjual jongkong dan syiling emas bertema Hari Raya tahun ini, selain SK Jewellery. Antaranya termasuk Goldheart, Lee Hwa, TAKA Jewellery dan Money Max.
Jongkong dan syiling emas yang dijual itu rata-rata lengkap dengan ukiran motif yang cukup sinonim dengan sambutan Hari Raya, termasuk bentuk 'ketupat' dan 'masjid'.
Yang pasti, trend memberi jongkong dan syiling emas sempena Hari Raya kian mendapat sambutan daripada masyarakat Melayu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sehinggakan ada kedai emas mengambil langkah berani untuk menyediakan tawaran jongkong emas yang lebih luas tahun demi tahun.
SEMAKIN ADA PERMINTAAN DARI PELANGGAN MUDA BAGI JONGKONG EMAS EDISI TERHAD HARI RAYA
Sejak dirintis tahun lalu, SK Jewellery menyaksikan permintaan kukuh dalam kalangan masyarakat Melayu terhadap jongkong emas edisi terhad sempena Hari Raya.
Lebih ramai pelanggan muda dalam lingkungan usia 20-an dan 30-an tahun bahkan, dilihat semakin cenderung mendapatkan jongkong emas sempena Hari Raya.
Maka muncul persoalan sama ada pemberian jongkong emas boleh dianggap alternatif kepada duit raya?
Lebih-lebih lagi, jumlah duit raya yang diberikan juga semakin bertambah, sejajar dengan kemajuan dalam realiti kehidupan masyarakat.
Ketua bahagian E-Dagang SK Jewellery, David Lau berkongsi bahawa tawaran kedai emas itu sempena Hari Raya bukan untuk menggantikan tradisi memberi duit raya, tetapi ia lebih kepada sejenis produk pelengkap.

"Jongkong emas menawarkan pilihan yang dimampui untuk dipertimbangkan oleh pelanggan (sebagai) hadiah kepada keluarga mereka, rakan-rakan mereka, bukan sahaja (sebagai) kenangan, tetapi juga cara untuk melabur dalam nilai emas, yang telah meningkat dari segi harganya sejak beberapa tahun kebelakangan ini," jelas Encik Lau ketika ditemui BERITA Mediacorp di cawangan SK Jewellery di Pusat Beli-Belah Causeway Point.
Dengan hampir kesemua kedai emas tempatan menjual jongkong emas dalam dominasi kecil - 0.1g, 0.2g dan 0.3g, ia semakin menjadi pilihan yang lebih dimampui oleh masyarakat Melayu setempat.
SK Jewellery, misalnya, menyediakan tawaran dalam dominasi kecil termasuk jongkong emas 999 dengan berat 0.1g dan 0.3g, khususnya bagi koleksi Hari Raya. Ini sedangkan ia secara umumnya menawarkan lebih banyak dominasi jongkong emas daripada 0.1g sehingga 100g.
Jongkong emas 999 edisi terhad Hari Raya seberat 0.3g ditawarkan pada harga S$139 manakala, yang seberat 0.1g pula dijual pada harga S$69.
Bagi Cik Norlina, beliau akur bahawa jongkong emas bertema Hari Raya yang ada di pasaran boleh dianggap dimampui memandangkan terdapat pilihan jongkong emas dengan dominasi kecil yang mencukupi.
"Saya rasa buat masa ni memang, termampulah sebab taklah semahal mana jongkong emas yang berat. Jadi, ini walaupun 0.1 g, tapi ia dalam berkemampuan bagi saya sebab kalau tidak pun kami akan beri duit raya dengan nilai itu juga," kata Cik Norlina.
Ditanya sama ada beliau ada rancangan untuk melakukan pembelian serupa setiap tahun, Cik Norlina berkongsi bahawa beliau akan mempertimbangkan pemberian jongkong emas untuk orang terdekat, selagi mana ia menepati kemampuannya.
Seperti tahun lalu, koleksi Hari Raya keluaran SK Jewellery menerima sambutan yang hangat, sejak ia dilancarkan seawal 20 Feb. Ini sehinggakan pihak SK Jewellery perlu melakukan 'restock' atau tambah bekalan beberapa kali.
Pada masa yang sama, kesedaran yang kian meningkat terhadap prestasi pasaran emas menjadi antara faktor utama yang mendorong bertambahnya pelanggan Melayu, yang mempertimbangkan jongkong emas untuk dihadiahkan kepada orang terdekat.
"Saya fikir secara amnya, berhubung emas itu sendiri, kebanyakan pelanggan kami sebenarnya cukup berpengetahuan mengenai harga emas yang sentiasa meningkat dan emas sebagai lindung nilai yang hebat, terhadap inflasi," kata Encik Lau.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.