Harga elektrik lebih mahal: Tarif naik 6.3% bagi 3 bulan akan datang
Tarif elektrik akan naik secara purata 6.3 peratus daripada 1.26 sen bagi setiap kWh bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2018 berbanding suku sebelum ini.

Gambar fail HDB pada waktu malam. (Gambar: CNA)
SINGAPURA: Tarif elektrik akan naik secara purata 6.3 peratus daripada 1.26 sen bagi setiap kWh bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2018 berbanding suku sebelum ini.
Demikian menurut SP Group dalam kenyataan medianya hari ini (29 Dis).
SP Group memberikan sebab terhadap kenaikan tersebut ekoran "kos yang lebih tinggi gas semula jadi untuk menjana kuasa elektrik, yang naik sebanyak 14 peratus berbanding suku sebelum ini".

Ia turut menyatakan bahawa bagi perumahan, tarif elektrik akan naik daripada 20.30 sen kepada 21.56 sen bagi setiap kWh buat suku pertama tahun depan - kenaikan yang tertinggi sejak suku keempat tahun 2015.
Dengan itu, secara purata, harga bil elektrik bulanan bagi keluarga yang tinggal di flat HDB empat bilik akan naik sebanyak S$4.78, menurut pihaknya lagi.
"SP Group menyemak semula tarif elektrik setiap suku berdasarkan garis pandu yang ditetapkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), pengawal atur industri elektrik," menurutnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.