Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga durian jatuh dek hasil tanaman luar biasa banyaknya di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekalipun unjuran awal meramalkan kekurangan bekalan durian dari Malaysia yang mungkin akan menyebabkan harga durian meningkat, hasil tanaman yang luar biasa banyaknya serta persaingan sengit antara peniaga menyebabkan harga durian turun sebanyak S$7 sekilogram.

Enam daripada tujuh peniaga yang diwawancara oleh Mediacorp pada Jumaat (17 Jun) mengatakan bahawa mereka sudah menurunkan harga untuk memikat lebih ramai pelanggan.

Encik Zen Ho, pengurus Durian Empire di Punggol mengatakan bahawa cuaca yang lebih baik di Johor sepanjang dua minggu yang lalu menyumbang kepada hasil tanaman yang luar biasa banyaknya.

Pada masa yang sama, durian dari Pahang sudah tiba lebih awal dari biasa.

"Kami fikir bekalan durian dari Pahang akan tiba pada Julai tetapi hujan di sana menyebabkan durian gugur lebih awal. Sekalipun masih ada kekurangan durian yang dihantar dari Pahang, masih ada yang dibawa masuk ke Singapura. Pada masa yang sama, durian juga dihantar dari Johor. Ini menyebabkan lebih banyak bekalan durian secara keseluruhannya," kata beliau.

Dengan bekalan yang berlebihan ini, para pembekal memutuskan untuk menurunkan harga dan Encik Ho menjualnya pada harga yang lebih rendah kepada para pelanggannya.

Mao Shan Wang, iaitu sejenis baka durian yang popular, biasanya akan dijual pada harga lebih S$25 sekilogram. Namun Encik Ho berkata bahawa beliau akan menjualnya pada harga antara S$18 dengan S$21, bergantung kepada pembekalnya dalam masa dua minggu akan datang.

PENJUAL POTONG HARGA; AGIH DURIAN PERCUMA

Di Toa Payoh, empat penjual durian memberitahu Mediacorp bahawa persaingan sengit telah memaksa para penjual untuk menurunkan harga.

"Kami baru sahaja membuka gerai untuk musim ini, jadi kami terpaksa menjual pada harga yang lebih rendah untuk memikat pelanggan," kata Cik Steph Wang dari kedai Evergreen 178.

Encik Ang Ka Seang, pengurus Hong Heng Fruit Trading, yang menjual tiga buah durian pada harga serendah S$10 berkata: "Persaingan kini lebih sengit kerana orang ramai boleh pergi ke Malaysia sekarang."

Penjual lain di Toa Payoh juga mengatakan bahawa dengan lebih banyak pilihan untuk membeli durian, harga yang ditawarkan juga perlu bersaing dengan harga durian yang dijual secara online.

Laman e-dagang Shopee akan mengagihkan 300 kilogram durian di pusat beli-belah Plaza Singapura dari pukul 2.00 petang sehingga 8.00 malam pada Ahad (19 Jun).

Shopee juga akan mengagihkan 65 dulang durian setiap jam kepada para pelanggan berdasarkan siapa dulu dia dapat, dedah Shopee.
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan