Skip to main content

Singapura

Harga durian dijangka jatuh sehingga 30% pada Julai

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Jun 2025 10:22PM Dikemas Kini : 17 Jun 2025 10:47PM
SINGAPURA: Para penjual menjangkakan harga 'raja buah' akan merosot sehingga 30 peratus bulan depan apabila musim durian sampai kemuncaknya.

Kedai Uncle Sam Durian membawa masuk pelbagai jenis durian, termasuk Musang King dan Duri Hitam.

Kebanyakan duriannya datang dari ladang pemiliknya sendiri di Pahang.

Menurut Uncle Sam, bekalan musim ini akan lebih baik berbanding musim lalu, walaupun musim puncak akan datang lambat sedikit tahun ini.

Pemilik Uncle Sam Durian, Sam Ho berkata: "Sekarang ini baru permulaan musim (durian). Oleh kerana hasil tuaian masih sedikit, harganya akan agak mahal. Pada bulan Julai, harga akan turun."

Bahkan, kaedah yang digunakan sebilangan perniagaan termasuk menjual durian melalui penstriman langsung di TikTok. Pesanan itu kemudian akan dihantar terus ke rumah pelanggan.

Pekerja Rolling Durian, Austin Quak berkata: "Misalnya, sekarang ini sedang musim di Pulau Pinang. Oleh itu durian Pulau Pinang sekarang ini dianggap "bermutu". Jadi kita akan ambil dari Pulau Pinang.

"Jika durian Pulau Pinang tidak sedap, anda boleh beli dari Johor Bahru, Pahang. Begitulah cara kami menangani bekalan yang rendah."

Pemilik bersama Jiak Durian Mai, Shaun Lee berkongsi, apabila durian Pahang dan Johor datang, itulah kemuncak musim 'raja buah' itu.

Pada waktu itu juga, beliau boleh menjual antara 15 hingga 18 bakul durian setiap hari.

Encik Lee berkata: "Kami tidak peduli apa yang peniaga-peniaga durian lain lakukan kerana kami mempunyai jenama sendiri. Jadi, kami tahu nilai produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan.

"Tetapi pada masa yang sama, sudah tentu, kami perlu tengok juga apa yang mereka lakukan, untuk memastikan kami setanding atau kekal dalam julat pasaran."

Musim durian lazimnya berlangsung dari Jun hingga September setiap tahun.
Sumber : CNA/NY/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita