Skip to main content

Singapura

Harga COE turun bagi semua kategori

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE turun bagi semua kategori
Kereta dan kenderaan lain di Singapura. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)
Diterbitkan : 05 Nov 2025 05:33PM Dikemas Kini : 05 Nov 2025 05:37PM
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaharu pada Rabu (5 Nov).

Bagi kereta Kategori A, atau yang 1,600cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premium ditutup pada S$110,002, turun dari S$122,000 dalam bidaan sebelum ini.

Premium untuk kereta yang lebih besar dan berkuasa dalam Kategori B merosot kepada S$115,001 dari S$131,889.

COE untuk kenderaan komersial, yang termasuk kenderaan barangan dan bas, menurun kepada S$76,000 dari S$76,801 dalam bidaan sebelumnya.

Premium motosikal pula ditutup pada S$8,600, merosot dari S$9,389 dalam bidaan terakhir.

COE kategori terbuka, yang lazimnya digunakan untuk kereta besar, jatuh kepada S$121,010 dari S$136,000.

Sebanyak 4,167 bidaan diterima, dengan kuota 3,209 COE diperuntukkan.

Ini adalah tender pertama di bawah kuota baharu untuk tempoh November hingga Januari, di mana peruntukan COE secara keseluruhan akan meningkat sebanyak 1.5 peratus - peningkatan paling kecil dalam suku-suku tahun kebelakangan ini.
 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita