Harga COE tidak akan turun selama setahun, kata pakar
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi kereta mencecah rekod tertinggi tahun ini dan tidak menunjukan tanda-tanda ia akan turun.
TEMPOH 10 TAHUN
Pemerhati pasaran menganggarkan kuota COE akan mula meningkat sekitar hujung 2024 disebabkan tempoh 10 tahun pada bekalan, dan harga akan turun.
"Melihat kepada 10 tahun terakhir, bekalan COE hanya bertambah baik menjelang hujung 2014, jadi ia tidak munasabah untuk menjangkakan bekalan COE akan bertambaik baik sebelum hujung 2024," kata Profesor Madya Walter Theseira dari Universiti Kemasyarakatan Singapura (SUSS).
Berdasarkan tempoh 10 tahun itu, kuota COE mungkin akan meningkat dari pertengahan 2024, kata Encik Yeo Swee Guan, seorang kakitangan pengurusan di Motorist Singapore.
BEKALAN BERBANDING HARGA
Premium COE terjejas oleh kedua-dua permintaan dan bekalan, namun, bekalan lebih mudah untuk diramalkan, kata Profesor Madya Theseira dari SUSS.
"Selama ini, harga COE akan jatuh semasa tempoh bekalan tinggi COE, dan perkara yang sama dijangkakan semasa tempoh bekalan tinggi COE akan datang, kata Encik Yeo.
KUOTA COE BERBANDING HARGA
Kuota Kategori A naik dan kekal tinggi antara pertengahan 2014 dengan 2020, dan premium menurun semasa kebanyakan tempoh tersebut.
Bagi Kategori B, bekalan COE juga naik dari Mei 2014 dan kekal melebihi 1,000 dari Ogos 2015 hingga Januari 2020. Harga mula merosot pada lewat 2013.
Meskipun berlakunya turun naik, namun dalam jangka panjang, harga akan turun apabila kuota meningkat dan kekal tinggi.
SEJAUH MANA AKAN HARGA TURUN?
Selain bekalan, terdapat faktor lain yang menjejas harga COE dan sejauh mana ia akan turun, kata pakar.
Sistem pengangkutan Singapura, penggunaan tanah dan tingkah laku perjalanan menjejas permintaan kereta privet, kata Profesor Madya Theseira.
"Apabila orang hidup, bekerja dan menghiburkan diri mereka dengan cara yang memanfaatkan pemilikan kereta privet, permintaan untuk kereta akan meningkat. Jika keperluan mereka dapat dipenuhi pengangkutan awam dengan lebih baik, permintaan untuk kereta akan jatuh," katanya.
Sebagai contoh, kondominium sebelum ini dibina supaya mudah diakses kereta privet, namun pada hari ini, banyak pembangunan digabungkan dengan kemudahan pengangkutan awam atau berdekatan stesen bas dan kereta api, tambah Profesor Madya Theseira.
Tambahan pula, Encik Yeo berkata permintaan mungkin meningkat jika pengguna boleh mendapatkan pinjaman pada kadar yang bagus, dan perubahan pada dasar boleh menjejas permintaan atau bekalan. Beliau merujuk kepada dasar pertumbuhan sifar kereta dan kereta dengan enjin berkuasa tinggi yang dikategorikan semula kepada Kategori B pada Februari 2014.
Kedua-dua Encik Yeo dan Profesor Madya Theseira bersetuju bahawa harga COE tidak mungkin jatuh kepada harga yang rendah seperti beberapa tahun lalu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.