Harga COE terkini ditutup lebih tinggi kecuali Kategori Terbuka
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini pada Rabu (8 Mac).
Bagi kereta kategori A, atau kereta 1,600cc dan ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premium ditutup pada harga S$88,000, naik daripada S$86,556 dalam bidaan lalu.
Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B naik kepada S$115,501 daripada S$115,001.
COE bagi kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan bagi kereta besar, merosot kepada S$116,000 daripada paras rekod S$118,001 bulan lalu.
COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, meningkat kepada S$91,101 daripada S$87,790 dalam bidaan lalu.
Premium motosikal ditutup pada S$12,390, naik dari S$12,189 dalam bidaan lalu.
Secara keseluruhannya, 2,179 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 1,560 COE diperuntukkan.
Bidaan pada Rabu merupakan kali kedua sejak struktur yuran pendaftaran tambahan (ARF) dan had ARF pilihan dikuatkuasakan pada Februari.
Di bawah perubahan yang diumum oleh Menteri Kewangan Lawrence Wong semasa ucapan Belanjawannya pada 14 Februari, para pemilik kereta mewah akan membayar harga lebih tinggi bagi kenderaan mereka.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.