Harga COE rata-rata ditutup lebih rendah; premium kereta lebih besar turun hampir S$6,000
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPORE: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) rata-rata ditutup lebih rendah dalam sesi bidaan terkini pada Rabu (3 Dis).
Premium untuk kereta lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B mencatat kemerosotan paling besar. Ia turun hampir S$6,000 atau 4.6 peratus - daripada S$129,890 kepada S$123,900.
Bagi kereta Kategori A, premium ditutup pada kadar S$105,413, turun 3.3 peratus berbanding S$109,000 dalam sesi bidaan lalu.
Premium motosikal ditutup pada kadar S$8,289, turun 5 peratus berbanding S$8,729 dalam sesi bidaan sebelumnya.
COE kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk mana-mana jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, turun kepada S$123,000, susut 1.6 peratus daripada S$125,001.
Hanya premium COE untuk kenderaan komersial, yang termasuk kenderaan barangan dan bas, meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada S$76,501, berbanding S$76,389 pada sesi bidaan lalu.
Sejumlah 4,194 bida diterima bagi 3,193 COE yang tersedia.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan bahawa harga COE masih tinggi, tetapi "sedikit lebih rendah berbanding sesi bidaan lalu disebabkan permintaan bermusim yang lebih rendah".
"Kami menasihati pembeli dan peniaga kereta agar berhemah dalam sesi bidaan COE," tambahnya.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.