Harga COE naik dengan Kategori A cecah paras rekod S$129,000
Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi Kategori A ditutup pada harga rekod S$129,000 dalam sesi bidaan terkini pada Rabu (8 Jul), meningkat daripada S$123,847 dalam sesi bidaan sebelumnya.
Gambar fail: Jeremy Long/CNA
Kali terakhir COE bagi Kategori A mencecah paras rekod adalah pada Oktober tahun lalu di mana ia mencapai S$128,105.
Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa dalam Kategori B naik kepada S$130,889 daripada S$123,502.
Harga COE bagi kenderaan komersial, yang termasuk kenderaan barangan dan bas, meningkat kepada S$95,000, juga satu jumlah rekod.
Premium motosikal pula ditutup pada S$10,201, naik daripada S$9,989 dalam sesi bidaan sebelumnya.
COE Kategori Terbuka yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan untuk kereta besar, naik sedikit daripada S$129,002 kepada S$129,801.
Sebanyak 4,950 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 3,214 COE diperuntukkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.