Harga COE lebih rendah bagi semua kategori kecuali motosikal; premium Kategori A merosot kepada S$85,000
Harga bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam sesi bidaan terbaharu pada Rabu (5 Feb), kecuali premium motosikal.
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Jeremy Long/CNA
SINGAPURA: Harga bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam sesi bidaan terbaharu pada Rabu (5 Feb), kecuali premium motosikal.
Harga COE bagi kereta Kategori A, iaitu kereta 1,600cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, ditutup pada S$85,000 berbanding S$93,601 dalam bidaan sebelum ini.
Ia adalah yang terendah sejak April 2024.
Premium COE bagi kenderaan lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B jatuh kepada S$111,104 daripada S$116,625.
COE untuk kenderaan komersial, yang termasuk kenderaan barangan dan bas, turun kepada S$62,506 daripada S$65,476 dalam bidaan sebelum ini.
COE Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan untuk kereta besar, juga jatuh kepada S$110,000 daripada S$115,112.
Premium motosikal meningkat 7.5 peratus kepada S$8,289 berbanding S$7,709.
Sebanyak 3,934 bidaan diterima, dengan kuota 2,869 COE diperuntukkan.
Ia adalah tender pertama di bawah kuota bagi bulan Februari hingga April, yang naik sebanyak 8 peratus berbanding suku sebelumnya.
Jumlah COE ditambah kepada 17,133 daripada 15,834 dalam suku sebelumnya, di mana ia turut menyaksikan pertambahan dalam kuota.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.