Harga COE kereta pecah rekod lagi; premium kereta besar melebihi S$140,000 buat pertama kali
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Milik Kereta (COE) bagi kereta mencatat rekod lebiih tinggi pada Rabu (20 Sep), dengan harga bagi kenderaan lebih besar dalam Kategori B dan Kategori Terbuka mencecah S$140,000 buat kali pertama.
Bagi kereta dalam Kategori A, atau kereta 1,600cc dan ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premium ditutup pada S$105,000, iaitu rekod baharu. Ia naik daripada S$101,000 dalam tender sebelum ini dan rekod S$103,721 yang dicatat pada April tahun ini.
Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa dalam Kategori B, naik kepada S$140,889. Ia naik 4.4 peratus berbanding S$134,889 dalam tender sebelum ini.
COE Kategori terbuka, yang boleh digunakan mana-mana jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan kereta besar, naik kepada S$144,640. Ia naik 5.6 peratus dari S$137,000 dalam pusingan sebelum ini.
Ini merupakan kenaikan harga kali kelima berturut-turut untuk kategori tersebut.
COE bagi kenderaan komersial, termasuk kenderaan barangan dan bas, naik kepada S$83, 801 dari S$82,889 dalam bidaan sebelum ini.
Premium motosikal bagaimanapun berbeza dengan trend kenderaan lain.Ia ditutup pada S$10,700, turun berbanding S$10,901 dalam bidaan sebelum ini.
Secara keseluruhan, 2,673 bidaan diterima, dengan 1,916 kuota COE diperuntukkan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.