Harga COE kereta ditutup lebih rendah dalam bidaan terkini
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar:CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru pada Rabu (7 Dis), dengan premium bagi Kategori A merosot selepas mencapai paras tertinggi dalam hampir 10 tahun, sebelumnya.
Harga COE bagi kereta dalam Kategori A, atau sehingga 1,600cc dan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, ditutup pada S$88,503, merosot berbanding S$90,589 dalam bidaan lalu di mana ia melebihi S$90,000 buat kali pertama sejak Januari 2013.
Premium COE bagi kenderaan komersil termasuk kenderaan muatan dan bas, merosot kepada S$81,501 daripada S$81,802.
Kategori yang lain juga terus mencatat penurunan berbanding bidaan lalu pada 9 November apabila premium ditutup pada paras tertinggi sepanjang masa.
Premium bagi kereta dalam Kategori B atau yang melebihi 1,600cc, merosot kepada S$105,501 daripada S$113,881 dalam bidaan lalu.
Premium motosikal ataupun Kategori D pula ditutup hampir S$500 lebih rendah pada S$12,100, iaitu penurunan kedua berturut-turut, selepas mencatat 12 kenaikan bermula pada 19 Mei.
Harga COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar jatuh kepada S$110,524 daripada S$114,009.
Secara keseluruhannya, sebanyak 2,112 bidaan diterima dengan sebanyak 1,544 COE diperuntukkan.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.