Skip to main content

Singapura

Harga COE kereta besar catat rekod baru, kategori Terbuka merosot

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Aug 2022 05:39PM Dikemas Kini : 17 Aug 2022 08:41PM

SINGAPURA: Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi kereta lebih besar mencapai rekod tertinggi sebanyak S$112,001, pada Rabu (17 Ogos).

Harga COE bagi kebanyakan kategori turut naik dalam bidaan terbaru. 

Ini merupakan tender kedua di bawah kaedah kiraan kuota COE yang disemak semula bertujuan untuk mengurangkan keadaan tidak menentu dalam bekalan COE. 

Bagi kereta dalam Kategori A, atau enjin berkapasiti sehingga 1,600cc dan di bawah 130 kuasa kuda (bhp),  premium ditutup pada S$87,889, naik berbanding S$80,000 dalam bidaan lalu. 

Ia merupakan harga tertinggi bagi kategori berkenaan sejak 23 Januari 2013 apabila premiumnya mencapai  S$91,010. 

Harga COE bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B meningkat kepada S$112,001 daripada S$107,001. 

Premium bagi kereta lebih besar dan lebih berkuasa dalam Kategori B meningkat kepada S$94,889 daripada S$93,590. 

Sementara itu, premium bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar,  merosot kepada S$112,001 daripada S$113,000. 

Harga COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, meningkat kepada S$59,090 daripada S$56,089. 

Premium motosikal pula ditutup lebih tinggi kepada S$11,101, naik berbanding S$11,000 dalam bidaan lalu. 

Secara keseluruhan, sebanyak 2,642 bidaan diterima dengan 1,782 COE diperuntukkan. 

Di bawah kaedah kiraan yang disemak semula, bekalan COE bagi tempoh tiga bulan akan datang berdasarkan purata 50 peratus daripada jumlah pendaftaran yang ditarik balik dalam enam bulan sebelumnya, berbanding mengambil pendaftaran yang ditarik balik daripada tiga bulan sahaja, sebelum ini. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita