Skip to main content

Singapura

Harga COE kebanyakannya ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru

Premium bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah bagi kebanyakan jenis kenderaan dalam bidaan terbaru pada Rabu (4 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE kebanyakannya ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 04 Mar 2020 05:09PM Dikemas Kini : 04 Mar 2020 05:12PM

SINGAPURA: Premium bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah bagi kebanyakan jenis kenderaan dalam bidaan terbaru pada Rabu (4 Mac).

Bagi kereta Kategori A, atau kenderaan 1,600 cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premium ditutup pada S$32,699, turun dari S$32,999 dalam bidaan terakhir.

Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam kategori B jatuh ke S$32,801 dari S$32,889.

COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan barangan dan bas, merosot ke S$24,202 dari S$25,001 dalam bidaan lalu.

Premium motosikal ditutup pada S$4,310, naik dari S$4,309 dalam bidaan lalu.

COE kategori terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan bagi kenderaan besar, turun kepada S$32,500 dari S$33,301.

Sejumlah 4,584 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 3,206 COE disediakan.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita