Harga COE Kategori A capai paras tertinggi dalam hampir 8 bulan pada S$126,009
Anggaran Waktu Membaca:
Kenderaan di jalan raya Singapura. (Gambar fail: CNA/Lan Yu)
SINGAPURA: Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terkini pada Khamis (4 Jun), dengan harga Kategori A mencapai paras tertinggi dalam hampir lapan bulan.
Bagi kereta Kategori A, iaitu kenderaan 1,600cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premium ditutup pada S$126,009, naik 1.43 peratus daripada S$124,229 dalam bidaan sebelumnya.
Kali terakhir premium Kategori A melepasi S$126,000 adalah pada Oktober 2025, apabila ia mencecah S$128,105.
Harga bagi kereta yang lebih besar dan berkuasa dalam Kategori B pula susut 1.94 peratus kepada S$126,989 daripada S$129,501.
COE untuk kenderaan komersial, termasuk kenderaan pengangkutan barangan dan bas, meningkat 1.93 peratus kepada S$94,000 daripada S$92,223 dalam latihan bidaan sebelumnya.
Premium motosikal ditutup pada S$10,000, naik 3.21 peratus daripada S$9,689 dalam bidaan sebelumnya.
COE Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan bagi kereta besar, susut 0.77 peratus kepada S$129,000 daripada S$130,000.
Sebanyak 4,920 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 3,215 COE diperuntukkan.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.