Harga COE ditutup lebih tinggi; premium kereta kecil sekali lagi cecah S$100,000
Harga premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi bagi kesemua kategori dalam sesi bidaan terkini pada Rabu (9 Jul).
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
Bagi kenderaan lebih kecil dalam Kategori A, premium ditutup pada S$101,102, berbanding S$98,124 dalam sesi bidaan lalu.
Premium COE bagi kenderaan lebih besar dan berkuasa dalam Kategori B meningkat kepada S$119,600 daripada S$116,670.
COE Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan untuk kereta besar, meningkat kepada S$118,500 daripada S$116,889.
COE untuk kenderaan komersil, yang termasuk kenderaan barangan dan bas, meningkat kepada S$66,689 daripada S$65,000 dalam bidaan lalu.
Premium motosikal ditutup lebih tinggi pada S$9,389, daripada S$8,600 dalam bidaan sebelumnya.
Sebanyak 4,562 bidaan diterima kali ini, dengan kuota 3,070 COE diperuntukkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.