Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga COE ditutup lebih tinggi dalam bidaan pertama sejak digantung dek COVID-19

Premium Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi pada Rabu (8 Jul) dalam bidaan pertama sejak ia digantung dek sekatan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE ditutup lebih tinggi dalam bidaan pertama sejak digantung dek COVID-19

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 08 Jul 2020 04:49PM Dikemas Kini : 08 Jul 2020 04:51PM

SINGAPURA: Premium Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi pada Rabu (8 Jul) dalam bidaan pertama sejak ia digantung dek sekatan COVID-19.

Bagi kereta Kategori A sehingga 1,600cc dan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premium ditutup pada S$33,520, naik dari S$31,210 dalam bidaan yang lalu pada Mac.

Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam kategori B melonjak kepada S$35,889 dari S$30,012.

COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan barangan dan bas, naik kepada S$24,502 dari S$22,002 dalam bidaan lalu.

Premium motosikal ditutup pada S$7,702, naik dari S$4,489 dalam bidaan sebelumnya.

COE kategori terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan bagi kenderaan besar, meningkat kepada S$34,989pada S$32,500.

Sejumlah 9,635 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 4,382 COE disediakan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan