Harga COE ditutup lebih tinggi bagi hampir semua kategori
Premium bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi bagi kebanyakan kategori dalam bidaan terkini pada Rabu (6 Mac).
Gambar fail jalan raya di Singapura. (Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Premium bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi bagi kebanyakan kategori dalam bidaan terkini pada Rabu (6 Mac).
Bagi kereta Kategori A, atau 1,600cc dan ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premium COE ditutup pada S$26,309, naik daripada S$26,301 dalam bidaan sebelumnya.
Premium-premium untuk kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B naik kepada S$36,961 daripada S$35,403.
COE bagi kenderaan komersil termasuk kenderaan muatan dan bas, naik kepada S$27,010 daripada S$26,914 dalam bidaan sebelumnya.
Premium COE motosikal ditutup pada S$3,602, turun daripada S$3,689 dalam bidaan sebelum ini.
COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan, tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, naik kepada S$37,620 daripada S$36,667.
Keseluruhannya 6,423 bidaan diterima, dengan 4,431 COE diperuntukkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.