Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga COE ditutup lebih rendah kecuali Kategori B

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Dec 2022 05:41PM Dikemas Kini : 21 Dec 2022 08:48PM
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup kebanyakannya lebih rendah dalam bidaan terkini pada Rabu (21 Dec).

Bagi kereta dalam Kategori A, iaitu sehingga 1,600cc dan lebih rendah dengan kuasa kuda tidak melebihi 1,300bhp, ditutup pada harga S$88,007, lebih rendah berbanding S$88,503 yang dicatatkan pada bidaan lalu.

Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B meningkat kepada S$108,006 daripada S$105,501.

Harga COE bagi kenderaan dalam Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar merosot kepada S$109,600 daripada S$110,524.

Harga COE bagi kenderaan komersil, yang termasuk kenderaan muatan dan bas, merosot kepada S$78,200 daripada S$81,501 dalam bidaan lalu.

Premium motosikal ditutup pada S$11,690, merosot dari S$12,100 yang dicatatkan pada bidaan lalu. Ini adalah kejatuhan ketiga berturut-turut selepas mencatatkan peningkatan sebanyak 12 kali berturut-turut sejak 19 Mei.

Secara keseluruhannya, sebanyak 2,249 bidaan diterima, dengan 1,562 kuota COE diperuntukkan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan