Harga COE ditutup lebih rendah, Kategori B jatuh hampir S$10,000
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: CNA/Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Premiium Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) jatuh bagi semua kategori kecuali kenderaan komersil dalam bidaan terkini pada Rabu (7 Feb).
Bagi kereta Kategori A, atau yang sehingga 1,600cc dan ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premium ditutup pada S$79,000, turun daripada S$81,589 dalam bidaan lalu.
Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa dalam Kategori B juga jatuh kepada S$102,338 daripada S$112,000.
COE motosikal ditutup pada S$9,290, jatuh daripada S$9,309 dalam bidaan lalu.
COE kategori terbuka, yang boleh digunakan sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, jatuh kepada S$100,101 daripada S$109,004.
COE bagi kenderaan komersil, yang termasuk kenderaan muatan dan bas, bagaimanapun naik kepada S$72,001 daripada S$68,001 dalam bidaan lalu.
Secara keseluruhannya, 4,482 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 2,482 COE diperuntukkan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.