Skip to main content

Singapura

Harga COE ditutup lebih rendah bagi semua kategori

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE ditutup lebih rendah bagi semua kategori

(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah bagi semua kategori dalam bidaan terkini.

Harga COE bagi Kategori A, iaitu untuk kereta dan EV yang lebih kecil dan kurang berkuasa, premium ditutup pada S$102,900, turun daripada S$103,799 dalam tender terkini pada Rabu (23 Okt).

Premium untuk kereta yang lebih besar dan lebih berkuasa dalam Kategori B jatuh kepada S$113,890 daripada S$116,002.

COE untuk kenderaan komersil, termasuk kenderaan barangan dan bas, turun kepada S$72,939 daripada S$75,009 dalam pembidaan sebelumnya.

Premium motosikal ditutup pada S$9,589, turun daripada S$10,001 dalam pusingan sebelumnya.

COE kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk mendaftar sebarang jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan untuk kereta besar, jatuh kepada S$114,700 daripada S$116,000 pada 9 Okt.

Harga COE bagi motosikal jatuh 4.1 peratus daripada S$10,001 dua minggu lalu kepada S$9,589.

Sebanyak 3,764 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 2,649 COE diperuntukkan.

Bekalan keseluruhan COE akan ditambah hampir 4 peratus pada suku berikutnya.

Terdapat 15,834 COE diperuntukkan untuk tempoh antara November 2024 dan Januari 2025 - meningkat daripada 15,283 pada suku sebelumnya, umum Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada minggu lalu.

Bidaan di bawah kuota baharu akan bermula pada 4 Nov.
Sumber : CNA/SU/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita