Harga COE ditutup kebanyakannya lebih tinggi dalam bidaan terkini
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup kebanyakannya lebih tinggi dalam bidaan terbaharu pada Rabu (20 Mac).
Bagi kereta dalam Kategori A, atau kereta 1,600cc dan ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premiumnya ditutup pada harga S$85,489, meningkat berbanding S$83,000 dalam bidaan lalu.
Premium untuk kereta yang lebih besar dan lebih berkuasa dalam Kategori B naik satu dolar kepada S$96,011.
COE bagi kenderaan komersil, yang termasuk kenderaan muatan dan bas, jatuh kepada S$70,112 daripada S$75,599 dalam bidaan sebelum ini.
Premium motosikal ditutup pada S$9,689, naik sedikit berbanding S$9,400 pada bidaan lalu.
COE kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, meningkat kepada S$95,856 berbanding S$95,010 sebelum ini.
Secara keseluruhannya, 4,186 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 2,472 diperuntukkan.
Kuota COE bagi tempoh antara Februari hingga April naik 2 peratus, yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 14,707 sepanjang tempoh tiga bulan itu.
Ini merupakan kemerosotan yang mendadak pada kadar kenaikan berbanding suku sebelumnya, apabila bekalan COE melonjak 27 peratus pada suku tersebut iaitu dari November 2023 hingga Januari 2024.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.