Harga COE ditutup bercampur-campur; premium kenderaan komersil pecah rekod
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi kenderaan komersil di bawah Kategori C meningkat sebanyak sekitar S$8,000 kepada paras rekod S$85,119 pada Rabu (8 Feb).
Premium di bawah Kategori C itu yang termasuk kenderaan barangan dan bas, sebelum ini adalah S$81,802 yang dicatatkan pada November lalu.
Proses bidaan yang ditutup pada Rabu merupakan yang pertama di bawah kuota baru dan kaedah mengira kuota COE yang dikemas kini, bertujuan untuk mengurangkan keadaan tidak menentu dalam bekalan COE.
Premium COE lain ditutup bercampur-campur, dengan harga COE bagi kereta dalam Kategori A - atau sehingga 1,600cc dan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp - ditutup tidak berubah pada S$86,000.
Harga COE bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B merosot sedikit kepada S$105,524 daripada S$105,549.
Premium Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan bagi kereta besar, merosot kepada S$105,002 daripada S$107,000.
Premium motosikal pula ditutup pada S$11,602, naik S$501 daripada S$11,101 dalam bidaan lalu.
Secara keseluruhannya, sebanyak 2,174 bidaan diterima dengan 1,589 COE diperuntukkan.
Di bawa kuota baru bagi tempoh Februari hingga April, bekalan COE secara keseluruhannya naik 3.4 peratus berbanding suku sebelumnya.

Sumber : CNA/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.