Harga COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru
Premium COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru hari ini (4 Apr).
Keadaan lalu lintas di Singapura. (Gambar fail: Hester Tan)
SINGAPURA: Premium COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru hari ini (4 Apr).
Bagi Kategori A, premium COE ditutup pada harga S$37,000, turun daripada S$38,000 dalam bidaan lalu.
COE bagi kereta-kereta lebih besar dalam Kategori B pula naik hampir S$600 kepada sekitar S$37,600.
Premium bagi kategori terbuka meningkat S$39 kepada S$38,000.
Sementara COE motosikal ditutup hampir S$500 lebih rendah, kepada kira-kira S$7,110.
Premium bagi kenderaan komersil juga ditutup lebih rendah, kira-kira S$34,000.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.