Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru

Premium bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru pada Rabu (20 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru

Gambar: TODAY

Diterbitkan : 20 Nov 2019 09:21PM Dikemas Kini : 20 Nov 2019 09:23PM

SINGAPURA: Premium bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru pada Rabu (20 Nov).

Bagi Kategori A, untuk kereta 1,600cc dan lebih kecil dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premiumnya ditutup pada S$32,000, berbanding S$30,000 pada bidaan lalu.

Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B pula merosot kepada S$39,700 dari S$40,009.

COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, turut jatuh kepada S$24,502 berbanding S$25,392 dalam bidaan sebelum ini.

Premium motosikal ditutup pada S$3,921, jatuh dari S$4,100 dalam bidaan terakhir.

Bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan tetapi selalunya digunakan untuk kereta besar, premiumnya naik kepada S$40,889 berbanding S$40,101.

Sebanyak 4,808 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 3,452 COE diperuntukkan.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan