Skip to main content

Singapura

Harga COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaharu

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaharu pada Rabu (17 Jul), dengan hanya perubahan yang sedikit berbanding bidaan sebelumnya.

Bagi kereta Kategori A, atau kereta 1,600cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premiumnya ditutup pada S$91,899, naik daripada S$91,001 pada bidaan terakhir.

Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa dalam Kategori B jatuh kepada S$100,000 daripada S$100,901.

COE bagi kenderaan komersil, yang termasuk kenderaan muatan dan bas, naik kepada S$70,601 berbanding S$70,001 pada bidaan sebelumnya.

Premium motosikal ditutup pada S$9,089, susut berbanding S$8,900 pada bidaan sebelumnya.

COE kategori terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan, namun biasanya digunakan oleh kereta lebih besar, merosot kepada S$100,341daripada S$100,889.

Secara keseluruhan, 3,479 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 2,543 diperuntukkan.

Bagi tempoh antara Mei dengan Julai, 15,104 COE diperuntukkan, iaitu kenaikan 2.7 peratus berbanding 14,707 pada suku sebelumnya.

Kuota bagi Kategori A naik 3 peratus, manakala kuota Kategori B naik 1.3 peratus. Kuota bagi kenderaan dalam Kategori E, atau Kategori Terbuka, juga naik 12.9 peratus.

Bagi Kategori C, bekalan COE naik 5.3 peratus, manakala kuota bagi motosikal dalam Kategori D tidak berubah.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita