Skip to main content

Singapura

Harga COE cecah paras tertinggi bagi semua kategori kereta

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Mar 2023 05:27PM Dikemas Kini : 22 Mar 2023 08:50PM
SINGAPURA: Kebanyakan premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini pada Rabu (22 Mac), dengan premium Kategori A dan B mencecah rekod tertinggi baru.

Bagi kereta dalam Kategori A, iaitu sehingga 1,600cc dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premiumnya ditutup pada harga S$93,503, iaitu rekod tertinggi, naik daripada S$88,000 dalam bidaan lalu dan melepasi rekod tertinggi S$92,100 yang dicatatkan pada Januari 2013.

Harga COE bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B meningkat kepada rekod tertinggi sebanyak S$116,201 daripada S$115,501. Rekod sebelum ini iaitu sebanyak S$115,388 dicatatkan pada November lalu.

COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan bagi kereta besar, meningkat kepada S$116,020 daripada S$116,00 bulan lalu.

Harga COE bagi kenderaan komersil, yang termasuk kenderaan muatan dan bas, merosot kepada S$85,389 daripada S$91,101 dalam bidaan lalu.

Premium motosikal ditutup pada S$12,001, turun sedikit daripada S$12,390 dalam bidaan lalu.

Secara keseluruhannya, 2,426 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 1,648 COE diperuntukkan.

Bulan lalu, struktur yuran pendaftaran tambahan (ARF) baru dan had ARF pilihan mula berkuat kuasa, menyebakan para pemilik kereta mewah membayar harga lebih tinggi bagi kenderaan mereka.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita