Harga COE bagi kereta lebih besar jangkaui S$117,000
Anggaran Waktu Membaca:

Kenderaan di jalan raya Singapura. (Gambar fail: CNA/Lan Yu)
SINGAPURA: Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi bagi kebanyakan kategori dalam bidaan terbaharu pada Rabu (9 Apr).
Bagi kereta Kategori A, atau kenderaan 1,600cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, harga premium ditutup pada S$97,724, naik daripada S$94,502 dalam bidaan sebelumnya.
Premium bagi kereta yang lebih besar dan berkuasa dalam Kategori B meningkat kepada S$117,899 daripada S$116,890.
COE bagi kenderaan komersil, yang termasuk kenderaan barangan dan bas, merosot kepada S$68,782 daripada S$70,089 dalam bidaan sebelum ini .
Premium motosikal ditutup pada S$9,889, naik daripada S$9,511 dalam bidaan lalu.
COE kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi lazimnya digunakan untuk kereta besar, naik kepada S$117,002 daripada S$116,991.
Sebanyak 4,734 bidaan diterima, dengan kuota 2,882 COE diperuntukkan.
Beberapa syarikat sewa kenderaan menyaksikan sekitar 30 peratus lebih banyak tempahan pada musim Hari Raya ini berbanding tahun lalu.
Harga COE lebih tinggi turut dinyatakan sebagai salah satu faktor, dengan kos tinggi mendorong keluarga untuk menyewa kereta berdasarkan keperluan berbanding memiliki kenderaan sendiri.
Bulan lalu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memperkenalkan langkah untuk menstabilkan bekalan kereta sewa privet, dengan memerlukan pendedahan segera untuk sejarah kenderaan bagi semua kereta sewa privet yang baru didaftar, ditukar atau dipindahkan.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.