Harga COE bagi kenderaan besar naik kepada lebih S$110,000 dalam bidaan terbaharu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Premium bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi kenderaan lebih besar menyaksikan peningkatan terbesar dalam bidaan terbaharu pada Rabu (18 Sep).
Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa 130bhp ke atas dalam Kategori B naik kepada S$110,001 daripada S$106,300 sebelum ini.
Kategori terbuka COE, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi lazimnya digunakan buat kereta lebih besar pula, meningkat kepada S$113,104 daripada S$106,901. Ini merupakan kenaikan tertinggi bagi Kategori E tahun ini.
Bagi COE Kategori A, atau kereta 1,600cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premium ditutup pada S$98,524, naik daripada S$96,490 dalam bidaan sebelumnya.
Premium bagi motosikal ditutup pada S$9,900, naik daripada S$9,801.
Hanya harga COE bagi kenderaan komersil, yang termasuk kenderaan muatan dan bas, merosot daripada S$74,001 kepada S$74,000.
3,593 bidaan diterima pada keseluruhannya, dengan kuota sebanyak 2,567 yang tersedia.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Julai mengumumkan bahawa bekalan COE bagi Ogos hingga Oktober akan ditambah 1 peratus berbanding suku sebelumnya.
Akan ada 15,283 COE kesemuanya, satu kenaikan daripada 15,104 pada suku sebelumnya.
Kuota bagi Kategori A akan naik 1.5 peratus sementara COE bagi Kategori B akan bertambah 0.9 peratus.
Bagi Kategori C, bekalan COE akan meningkat 5.4 peratus.
COE bagi kenderaan dalam kategori terbuka, juga dikenali sebagai Kategori E bagaimanapun, akan menyaksikan penurunan 1.2 peratus.
Kuota COE buat motosikal dalam Kategori D akan kekal tidak berubah.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.