Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga COE bagi kebanyakan kategori naik; premium Kategori B turun sedikit

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Apr 2022 05:19PM Dikemas Kini : 06 Apr 2022 09:20PM

SINGAPURA: Harga Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi bagi kebanyakan kategori dalam bidaan terbaru pada Rabu (6 Apr). 

Harga COE untuk Kategori A, atau kereta sehingga 1,600cc dan 130bhp, ditutup pada S$72,996 berbanding S$71,556 dalam bidaan lalu. 

Sementara itu, premium bagi kereta lebih besar dan lebih berkuasa dalam Kategori B turun sedikit daripada S$98,889 kepada S$98,389. 

COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, naik daripada S$99,010 kepada S$99,999. 

Premium motosikal ditutup pada S$10,503, naik S$2 daripada S$10,501 dalam bidaan lalu. 

COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, naik kepada S$54,901 berbanding S$51,504 dalam bidaan lalu. 

Secara keseluruhan, sebanyak 2,942 bidaan diterima dengan 1,758 COE diperuntukkan. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan