Harga COE bagi Kategori A naik dalam bidaan terkini; premium bagi kenderaan lain merosot
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: CNA/Jeremy Long
SINGAPURA: Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi kereta lebih kecil naik sedikit dalam bidaan terkini pada Rabu (6 Dis).
Namun, harga COE bagi kenderaan dalam kategori yang lain pula turun.
Bagi kereta Kategori A, sehingga 1,600cc dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premium ditutup pada S$88,020, berbanding S$85,001 dalam bidaan lalu.
Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B merosot daripada S$135,336 kepada S$130,100.
COE bagi kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, juga mencatat kemerosotan daripada S$135,002 kepada S$133,388.
COE bagi kenderaan komersil yang merangkumi kenderaan muatan dan bas, menyusut kepada S$71,001 berbanding S$73,889 dalam bidaan lalu.
Premium motosikal juga ditutup lebih rendah, jatuh daripada S$10,001 kepada S$9,858.
Secara keseluruhannya, 3,530 bidaan diterima dengan kuota sebanyak 2,433 diperuntukkan.
Premium bagi semua kategori kereta mencatat paras rekod pada Oktober, dengan harga COE mencecah S$150,001 bagi Kategori B dan S$158,004 bagi Kategori Terbuka.

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.