Skip to main content

Singapura

Harga COE bagi Kategori A catat rekod tertinggi

Harga premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi kereta-kereta kecil ditutup pada jumlah rekod tertinggi dalam sesi bidaan terkini pada Rabu (3 Sep), sedang harga premium bagi kesemua kereta melonjak sebanyak kira-kira S$3,000.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE bagi Kategori A catat rekod tertinggi

(Gambar fail: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 03 Sep 2025 05:05PM
SINGAPURA: Harga premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi kereta-kereta kecil ditutup pada jumlah rekod tertinggi dalam sesi bidaan terkini pada Rabu (3 Sep), sedang harga premium bagi kesemua kereta melonjak sebanyak kira-kira S$3,000.

Harga COE bagi kereta Kategori A, atau kereta 1,600cc dan ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, ditutup pada S$107,889 bagi menjangkau rekod sebelumnya iaitu S$106,000 pada Oktober 2023.

Premium COE ditutup pada S$104,524 dalam bidaan sebelumnya.

Harga COE bagi kereta lebih besar dan berkuasa dalam Kategori B naik kepada S$127,501 daripada S$124,400.

COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan tetapi lazimnya digunakan untuk kereta besar, meningkat kepada S$127,901 daripada S$125,001.

COE bagi kenderaan komersil, yang termasuk kenderaan barangan dan bas, merosot daripada S$72,190 dalam bidaan sebelumnya kepada S$71,556.

Premium motosikal ditutup pada S$9,101, berbanding S$8,809 dalam sesi sebelumnya.

Sebanyak 4,553 kuota diterima dalam bidaan kali ini, dengan kuota sebanyak 3,144 COE diperuntukkan.

Para pakar berkata kenaikan pada premium COE disebabkan oleh permintaan lebih tinggi bagi kenderaan elektrik China (EV) beserta pendapatan isi rumah yang semakin meningkat.

Salah seorang penganalisis berkata pasaran belum mencapai puncak bekalan COE dan harga dijangka akan turun menjelang hujung dekad ini.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita