Harga City Gas turun 4.2% dari Jan-Mac 2020
Tarif gas bagi pengguna di rumah turun 4.22 peratus atau 0.76 sen setiap kilowatt jam (kWj) dari 1 Januari hingga 31 Mac tahun depan. Demikian menurut City Gas pada Isnin (30 Dis).
SINGAPURA: Tarif gas bagi pengguna di rumah turun 4.22 peratus atau 0.76 sen setiap kilowatt jam (kWj) dari 1 Januari hingga 31 Mac tahun depan. Demikian menurut City Gas pada Isnin (30 Dis).
Ini bermakna penduduk akan perlu membayar 17.23 sen setiap kWj, tidak termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), lebih rendah daripada 17.99 sen sekarang.
Penurunan itu akibat kos bahan api yang lebih rendah berbanding suku sebelumnya, menurut City Gas.
City Gas mengkaji semula tarif gas berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), yang sudahpun meluluskan tarif gas buat tempoh tiga bulan.
SP Group menyatakan pada Isnin (30 Dis) bahawa tarif elektrik akan dinaikkan dari 1 Januari hingga 31 Mac sebanyak 31 peratus atau 0.81 sen bagi setiap kWj.
Ini disebabkan kos tenaga lebih tinggi berbanding suku sebelumnya, jelasnya lanjut.
Perbezaan antara tarif-tarif elektrik dengan gas bandar disebabkan terutamanya oleh perbezaan dalam jenis bahan api yang digunakan serta turun naik harga kedua-duanya yang juga berbeza, menurut seorang jurucakap EMA.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.