Harga bas sekolah melonjak, ibu bapa pilih gunakan pengangkutan awam
Anggaran Waktu Membaca:

Pusat Pertukaran Bas Tampines. (Gambar: CNA)
SINGAPURA: Harga minyak dan COE yang meningkat serta kekurangan pemandu adalah antara isu yang menjejas teruk sektor bas sekolah.
Hal tersebut memaksa sebilangan pengendali menaikkan harga sehingga para ibu bapa kini memilih menggunakan pengangkutan awam sahaja untuk anak mereka.
Syarikat Million Bus Transport misalnya perlu menaikkan harga sebanyak lima peratus bagi meneruskan operasi.
Ini setelah kos operasinya semakin meningkat seperti harga minyak.
Namun, permintaan sebaliknya semakin berkurangan kerana jumlah pelajar yang menggunakan khidmatnya jatuh sekitar sepertiga.
Tiga tahun lalu syarikat ini mengerahkan 36 bas bagi sekolah ini, tetapi kini hanya 25 sahaja.
Ini antara sebabnya para ibu bapa beralih kepada pengangkutan awam.
"Cara mereka kenakan harga mengikut bilangan kanak-kanak, jadi dengan dua anak, kos dua kali ganda," kata seorang pelanggan khidmat bas tersebut.
"Sekarang mereka sudah lebih dewasa, mereka boleh naiki MRT sendiri," kata seorang ibu.
Selain itu, syarikat-syarikat bas privet juga berdepan dengan cabaran kekurangan pemandu.
Persatuan Pemilik Bas Sekolah dan Sewa Privet Singapura berharap pemerintah dapat membenarkan lebih ramai bukan rakyat Singapura menjadi pemandu bas.
Persatuan itu bimbang jika tiada apa-apa dilakukan, kekurangan pemandu akan turut menjejas penghantaran pekerja kilang dan pejabat.

Sumber : CNA/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.