Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga ayam organik, ayam kampung dijangka lebih mahal pada masa hadapan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jun 2022 08:04PM Dikemas Kini : 23 Jun 2022 11:06PM
SINGAPURA: Harga ayam kampung dan ayam organik kini semakin mahal kerana para pelanggan mencari bekalan ayam alternatif.

Ini selepas Malaysia menyekat eksport ayam biasa mulai awal bulan ini.
Malah dengan harga pengangkutan terus naik, para pelanggan kini boleh menjangka perlu membayar harga lebih mahal lagi pada masa depan.

Ayam kampung atau ayam ternak lepas, yang diberi makan biji-bijian asli dan tidak diberi antibiotik, lazimnya tiga kali lebih mahal berbanding ayam ternak biasa.

Bagaimanapun permintaan bagi ayam tersebut bertambah 15 peratus sejak minggu lalu.

Ini selepas kiriman terakhir ayam segar dari Malaysia kehabisan.

Para peniaga kini membawa masuk ayam ternak lepas dari negara seperti Australia dan New Zealand bagi memenuhi permintaan.

Bagaimanapun, kos pengangkutannya kini dua kali ganda lebih mahal.

Akibatnya, pihak pembekal mungkin perlu menaikkan harga ayam-ayam ini pada masa depan.

Buat masa ini, harganya belum berubah walaupun permintaan naik 80 peratus sejak seminggu lalu, menurut syarikat The Meat Club.
Sumber : Agensi berita/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan