Skip to main content

Singapura

Harbourfront Centre, Waterway Point, Mustafa Centre dikunjungi kes COVID-19 pada 6, 8 dan 9 Jun

Pusat beli-belah Waterway Point dan Harbourfront Centre adalah dalam kalangan empat tempat yang ditambah ke dalam senarai tempat yang dikunjungi oleh pesakit virus korona COVID-19 semasa tempoh berjangkit. 

Anggaran Waktu Membaca:
Harbourfront Centre, Waterway Point, Mustafa Centre dikunjungi kes COVID-19 pada 6, 8 dan 9 Jun

(Gambar: fail Damien Teo/TODAY)

Diterbitkan : 13 Jun 2020 08:13AM Dikemas Kini : 13 Jun 2020 08:17AM

SINGAPURA: Pusat beli-belah Waterway Point dan Harbourfront Centre adalah dalam kalangan empat tempat yang ditambah ke dalam senarai tempat yang dikunjungi oleh pesakit virus korona COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Dalam kemas kininya mengenai keadaan COVID-19 di Singapura lewat malam pada Jumaat (12 Jun), Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan para individu berjangkit itu mengunjungi:

Harbourfront Centre (1 Maritime Square) pada 6 Jun antara 2.10 petang hingga 3.20 petang.

Waterway Point di 83 Punggol Central pada 8 Jun antara 3.50 petang hingga 5.00 petang.

Cawangan bank POSB di Pusat Rekreasi Kaki Bukit pada 8 Jun antara 9.10 pagi hingga 10.15 pagi.

Mustafa Centre pada 9 Jun antara 7.50 malam hingga 8.35 malam.

MOH menambah ia sudahpun memaklumkan para individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes disahkan positif COVID-19 itu.

Tempat-tempat terkini dimasukkan ke dalam senarai lokasi yang dikemas kini setiap hari:

Related article image
(Sumber: MOH)

(Sumber: MOH)

"Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai yang berada di tempat-tempat ini semasa waktu tersebut harus memantau rapi kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh mereka berkunjung ke sana," nasihat MOH.

"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema) selain demam serta kehilangan deria rasa atau bau dan memaklumkan kepada doktor sejarah pendedahan mereka."

MOH menambah orang awam tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang dilawati kes-kes yang disahkan positif COVID-19.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan berurusan dengan pihak pengurusan premis yang terjejas untuk menyediakan panduan mengenai cara melakukan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Pada Jumaat, MOH mengumumkan terdapat 463 kes baru COVID-19. 18 daripadanya dikenal pasti sebagai kes dalam masyarakat manakala baki sebanyak 445 jangkitan pula terkait dengan para pekerja yang tinggal di dormitori.  

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita