HAO mart, PPIS bergabung bagi kempen 'Rice of Hope'
Kedai serbaneka HAO mart dan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) bergabung tenaga bagi melancarkan kempen Rice of Hope, pada Isnin (18 Mei),iaitu usaha mengumpul dana yang melibatkan pembelian beras.

(Dari kiri) Encik Ronnie Faizal Tan, Naib Presiden (Operasi) HAO mart; Encik Farid Hamzah, Pengarah Perhubungan Korporat dan Pembangunan Sumber PPIS dan Encik Mohamed Khair Mohamed. (Gambar: PPIS)
SINGAPURA: Kedai serbaneka HAO mart dan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) bergabung tenaga bagi melancarkan kempen Rice of Hope, pada Isnin (18 Mei),iaitu usaha mengumpul dana yang melibatkan pembelian beras.
Kempen tersebut bertujuan memenuhi permintaan pelanggan bagi barang keperluan asas sambil menggalak orang ramai menyumbang kembali kepada masyarakat di tengah-tengah pandemik COVID-19 sekarang.
Penjualan beras itu bermula hari ini (20 Mei) di semua cawangan HAO mart, menurut kenyataan media PPIS.
Menurut Naib Pengerusi bagi operasi HAO mart, Encik Ronnie Faizal Tan, inisiatif Rice of Hope itu adalah usaha berlandaskan masyarakat yang berhasrat menyokong dan memberi manfaat kepada masyarakat Melayu/Islam.
"Kami berusaha memberi inspirasi kepada orang ramai supaya menghidupkan semangat dermawan sebagai suatu amalan kehidupan.
"Hanya dengan membeli beras, mereka dapat membuat sumbangan mudah kepada PPIS yang dapat membantu masyarakat dalam jangka panjang," kata beliau.
SETIAP S$2 AKAN DIDERMAKAN
Setiap paket beras seberat lima kilogram, berharga S$12.90.
Dengan setiap pembelian paket beras tersebut, S$2 akan didermakan kepada penerima bantuan PPIS.

Penjualan beras “CHAOO” di sebuah cawangan HAO mart. (Gambar: PPIS)
HAO mart menjelaskan pihaknya memilih jenama beras CHAOO bagi inisiatif Rice of Hope kerana "mutunya yang tinggi" dan harganya yang "berpatutan".
Melalui inisiatif itu juga, PPIS dan HAO mart berhasrat memupuk kerjasama bermakna dalam usaha bersama menyumbang kembali kepada masyarakat semasa masa sukar ini.
Presiden PPIS Cik Rahayu Mohamad juga berkongsi bahawa persatuan tersebut mengiktiraf pentingnya bekerjasama dengan pertubuhan lain sedang ia terus memberi inspirasi kepada wanita dan mengukuhkan keluarga melalui pelbagai khidmatnya.
"Kami berasa amat rendah hati atas kemurahan hati HAO mart dalam menghulurkan bantuan bagi menyokong usaha kami.
"Kami berharap pertubuhan-pertubuhan lain lebih terdorong untuk melakukan yang serupa," kata beliau.
Inisiatif Rice of Hope itu akan berlangsung selama setahun, sehingga Mei 2021.
Orang ramai boleh membeli beras tersebut di sini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.