Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hanya individu lengkap divaksin boleh solat berjemaah mulai 1 Jan 2022

Mulai 1 Januari 2022, hanya individu lengkap divaksin boleh menunai solat berjemaah di masjid-masjid yang menyediakan solat jemaah untuk lebih 50 jemaah.

Anggaran Waktu Membaca:
Hanya individu lengkap divaksin boleh solat berjemaah mulai 1 Jan 2022

(Gambar: MUIS/Fcebook)

Diterbitkan : 30 Dec 2021 08:08PM Dikemas Kini : 30 Dec 2021 08:27PM

SINGAPURA: Mulai 1 Januari 2022, hanya individu lengkap divaksin boleh menunaikan solat berjemaah di masjid-masjid yang menyediakan solat jemaah untuk lebih 50 jemaah.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengumumkan demikian dalam satu catatan di Facebook pada Khamis (30 Dis).

Langkah itu diumumkan selaras dengan pelaksanaan Langkah-Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) oleh Kementerian Kesihatan (MOH) bagi tempat-tempat awam tertentu termasuk semua rumah ibadat.

Namun, individu yang tidak divaksin atas sebab perubatan, mereka yang sudah pulih daripada COVID-19 dan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun akan dikecualikan daripada langkah VDS tersebut, menurut MUIS.

"Bagi bulan Januari 2022, semua individu yang masih belum divaksin atas kehendak sendiri hanya boleh mengerjakan solat berjemaah di 10 Masjid Satu Zon yang ditetapkan," tambahnya.

Ini termasuk bagi kedua-dua solat Jumaat dan solat lima waktu. Ujian pra-acara (PET) tidak lagi perlu dilakukan untuk memasuki masjid.

Senarai masjid untuk individu tidak divaksin boleh didapatkan melalui pautan ini: https://bit.ly/3gINeV0

"Kami menggesa individu tidak divaksin yang boleh berbuat demikian supaya menyertai masyarakat yang lain dalam menjaga keselamatan diri kita," pinta MUIS.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan