Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hanya ada 3 sesi penjualan BTO pada 2024, berbanding 4 sebelum ini

Anggaran Waktu Membaca:
 Hanya ada 3 sesi penjualan BTO pada 2024, berbanding 4 sebelum ini

Gambar fail flat BTO sedang dibina di Singapura. (Gambar: TODAY/ Ili Nadhirah Mansor)

SINGAPURA: HDB akan menjual sehingga 19,600 flat tahun depan.

Buat pertama kalinya sejak 2015, flat-flat itu akan ditawarkan dalam tiga sesi penjualan berbanding empat sebelum ini.

HDB menerangkan keputusan itu dibuat kerana kadar permohonan bagi flat bina ikut tempahan (BTO) yang sudah lebih stabil.

Lebih 2,800 unit flat akan mempunyai masa menunggu yang lebih singkat, kurang tiga tahun.

Jumlah itu empat kali lebih banyak berbanding tahun lalu.

HDB juga sedang berusaha mengurangkan masa menunggu tidak lebih empat tahun bagi 75 peratus flat yang dilancarkan tahun ini.

Kadar itu naik sedikit daripada tahun lalu.

Tawaran penjualan flat-flat BTO tahun ini akan dilakukan pada bulan depan, Jun dan Oktober.

Rangka kerja klasifikasi baharu pula akan mula dilaksanakan semasa tawaran penjualan pada Oktober nanti.

Di bawah perubahan itu, flat-flat akan dijual dalam tiga kategori iaitu Standard, Plus dan Prime.

HDB turut melaporkan ia sudah menawarkan penjualan lebih 63 ribu flat sepanjang tiga tahun lalu bagi memenuhi permintaan.
Sumber : CNA/MU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan