Skip to main content

Singapura

Hanya 64% rakyat SG percaya ekonomi 2023 akan lebih baik daripada 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Hanya 64% rakyat SG percaya ekonomi 2023 akan lebih baik daripada 2022

Orang ramai di Orchard Road pada 5 Januari 2022. (Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 20 Dec 2022 02:00PM
SINGAPURA: Jumlah rakyat Singapura yang bertanggapan bahawa tahun depan adalah lebih baik daripada 2022, semakin berkurangan berbanding setahun lalu.

Demikian menurut tinjauan pendapat terkini berhubung ramalan bagi 2023 yang dijalankan oleh syarikat Ip-sos yang dikeluarkan pada Isnin (19 Dis).

Secara keseluruhannya, 64 peratus rakyat Singapura, yang berpendapat bahawa 2023 mungkin lebih baik daripada 2022, merosot sebanyak 15 peratus berbanding setahun lalu.

Kesimpulan tersebut dibuat berdasarkan tinjauan ke atas lebih 500 responden rakyat Singapura yang dianggap lebih berpendidikan dan/atau lebih mewah daripada penduduk biasa.

Rakyat Singapura yang ditinjau antara 21 Oktober hingga 4 November bersikap kurang optimis terhadap ekonomi negara ini pada 2023.

87 peratus responden menjangkakan harga barangan mungkin akan meningkat lebih pantas daripada pendapatan mereka.

Meskipun Singapura beransur pulih daripada kesan pandemik, rakyat Singapura merasakan tekanan inflasi disebabkan oleh kadar faedah pinjaman bank yang meningkat dan kenaikan harga barangan.

83 peratus rakyat Singapura menjangkakan kadar faedah lebih tinggi tahun depan.

Tinjauan tersebut juga mendapati 71 peratus rakyat Singapura menjangkakan kadar pengangguran lebih tinggi pada 2023.

Namun Singapura masih yakin terhadap kestabilan ekonomi negara.

Hanya 35 peratus rakyat Singapura menjangkakan bantuan kewangan darurat oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada tahun depan.
Sumber : CNA/ZM/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita