Hanya 25% penduduk SG dapat kenal pasti video deepfake: Tinjauan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hanya satu daripada empat penduduk Singapura dapat mengecam sebuah video 'deepfake' daripada yang tulen.
Ini walaupun hampir 80 peratus responden yang ditinjau Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura mengatakan mereka berasa yakin dapat membezakan antara kedua-dua video tersebut.
Buat pertama kali dalam edisi 2024 Tinjauan Kesedaran Keselamatan Siber, soalan mengenai mengenal pasti 'deepfake' disertakan.
Ini selaras dengan berleluasanya alat kecerdasan buatan generatif, dan kini, ia lebih mudah untuk mencipta kandungan palsu yang direka khas untuk memperdaya orang ramai.
Jadi, mari kita lihat beberapa penemuan yang paling menarik secara terperinci.
Pertama, tiga daripada empat orang yang ditinjau tidak dapat membezakan video palsu dengan video asli - walaupun hampir 80 peratus yakin mereka boleh.
Umumnya, para peserta menggunakan pergerakan bibir yang tidak seiring serta kandungan yang mencurigakan sebagai cara utama mereka untuk mengesahkan keaslian kandungan.
Menurut tinjauan tersebut, kejadian keselamatan siber menjejas lebih daripada seperempat individu di Singapura.
Daripada jumlah itu, enam daripada setiap 10 orang berusia antara 15 hingga 44 tahun, manakala selebihnya berusia 45 tahun ke atas.
Bagi penipuan online pula, hampir 40 peratus peserta percaya bahawa mereka masih berisiko menjadi mangsa.
Walaupun angka ini merosot lima peratusan mata sejak tahun 2022, penipuan online kian menjadi masalah yang semakin meningkat di Singapura.
Dalam lima bulan pertama tahun ini sahaja, lebih 16,000 kes dicatatkan, dengan kerugian hampir S$430 juta.
Kira-kira dua pertiga daripada mereka yang ditinjau berjaya mengenal pasti semua percubaan 'pancingan data' dengan tepat.
Walaupun begitu, sekitar seperlima peserta masih berisiko terpedaya dengan penipuan perisian hasad.
Sebabnya? Ada yang mengklik iklan 'pop-up' atau pautan yang mencurigakan, serta memuat turun aplikasi daripada pihak ketiga sepanjang tahun lalu — sekali gus membuka ruang kepada ancaman keselamatan.
Kini, semakin ramai orang lebih proaktif dalam mengambil langkah melindungi diri secara online — terutamanya mereka yang berusia lebih daripada 45 tahun.
Hampir dua pertiga sudah memuat turun sekurang-kurangnya satu aplikasi keselamatan siber.
Ini termasuk aplikasi penyekat penipuan seperti ScamShield.
Semakin ramai juga mengemas kini sofwe masing-masing serta mengaktifkan pengesahan dua faktor (2FA) bagi menambah satu lagi lapisan keselamatan.
Bagi meningkatkan lagi kesedaran orang ramai, CSA akan melancarkan Kempen Keselamatan Siber Nasional yang keenam pada September ini.
Ia bakal memberi tumpuan kepada peri pentingnya menerapkan amalan baik.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.